Rekod dan statistik kelab Juventus F.C.

Alessandro Del Piero, penjaring terbanyak sepanjang zaman Juventus selain membuat kemunculan tertinggi berbanding mana-mana pemain Juventus yang lain.

Alessandro Del Piero memegang rekod kemunculan terbanyak Juventus iaitu 705 kemunculan. Beliau mengatasi Gaetano Scirea pada6 Mac 2008 ketika menentang Palermo. Beliau juga memegang rekod kemunculan Serie A tertinggi iaitu 478 perlawanan.

Termasuk semua kejohanan rasmi, Alessandro Del Piero menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman bersama Juventus dengan 290 gol sejak menyertai kelab Turin itu pada tahun 1993. Giampiero Boniperti, menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di belakang Del Piero sejak 1961 telah menjaringkan 182 gol.

Pada musim 1933–34, Felice Borel menjaringkan 31 gol dalam 34 kemunculannya, lalu membuat rekod baru gol terbanyak dalam satu musim Serie A. Gol terbanyak yang dijaringkan oleh pemain dalam satu perlawanan ialah sebanyak 6 gol dan ia juga satu rekod kebangsaan Itali. Pemain itu adalah Omar Enrique Sivori dalam satu perlawanan menentang Internazionale dalam musim 1960–61.[106]

Perlawanan rasm pertama Juventus ialah menentang Torino pada tahun 1900, Juve tewas 1-0. Kemenangan terbesar pernah dilakar Juventus ketika menentang Cento dengan jaringan 15-0, pada perlawanan pusingan kedua Coppa Italia dalam musim 1926–27. Kekalahan terbesar yang pernah dihadapi Juventus ketika menentang musuh setempat, Torino dengan jaringan 8-0 pada tahun 1913.[107]

Penjualan Zinédine Zidane kepada kelab Sepanyol, Real Madrid dari Juventus pada tahun 2001 merupakan rekod perpindahan pemain termahal pada masa itu iaitu dengan bayaran 75 juta euro.[108]

Pembelian Gianluigi Buffon pada 2001 dari Parma menelan kos perpindahan sebanyak 45 juta euro. Perpindahan ini merupakan perpindahan termahal buat penjaga gol sepanjang zaman.[109] Pada 20 Mac 2016, Gianluigi Buffon melakar rekod baru Serie A iaitu rekod tidak pernah bolos selama 974 minit ketika musim 2015-16.[110]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Juventus F.C. http://www.bbc.com/sport/0/football/27463440 http://sportsillustrated.cnn.com/soccer/news/20140... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.espnfc.com/juventus/story/2858561/juven... http://www.eurosport.com/football/juventus-claim-b... http://www.exor.com/index.php?p=azionariato&s=inve... http://www.exor.com/index.php?p=profilo&s=exor&lan... http://www.exor.com/portfolio/portafoglio_investim... http://www.fifa.com/classicfootball/clubs/matchrep... http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-j...